Peperiksaan dijangka akan berlangsung pada 8 hingga 24 Mei bagi semua pelajar tingkatan 4 & 5. Manakala bagi pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 & 3 pula, peperiksaan dijangka akan berlangsung pada 14 hingga 17 Mei 2012. SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN...USAHA TANGGA KEJAYAAN!!!
Bola Jaring Tetap Hebat!!!
BOLA JARING JUARA SEKALI LAGI.... Kejohanan Bola Jaring MSSD Padang Terap kali ini terpaksa akur dengan kehebatan jaguh Johan Berganda dua tahun berturut-turut (2011 & 2012). Berbekalkan motto "Juara Tetap Juara", SMKKN terus mara tanpa berpaling lagi. Buktinya, kategori bawah 15 tahun telah menjadi Johan sebanyak 3 tahun berturut-turut (2010,2011 dan 2012). Manakala Kategori bawah 18 tahun pula telah menjadi Johan 2 tahun berturut-turut (2011 dan 2012). Pada pertandingan yang berlangsung baru-baru ini, pusingan awal menyaksikan kategori bawah 15 tahun SMK Kuala Nerang mengalahkan SMK Naka (11-6) dan SMK Lubuk Merbau (8-7). Di pusingan separuh akhir pula SMK Kuala Nerang berjaya mengalahkan SMK Pedu (19-4). Manakala di peringkat akhir pula SMK Kuala Nerang berjaya mengalahkan SMK Naka sekali lagi dengan jaringan gol 16-11. Bagi kategori bawah 18 tahun, pusingan awal menyaksikan SMK Kuala Nerang mengalahkan SMK Naka (13-4) dan SMK Pedu (15-2). Di pusingan separuh akhir pula SMK Kuala Nerang berjaya mengalahkan SMK Padang Terap (25-5). Manakala di peringkat akhir pula SMK Kuala Nerang berjaya mengalahkan SMK Dato' Syed Ahmad sekali lagi dengan jaringan gol 14-8.
Sekolah Penyayang
Bersempena dengan konsep "Sekolah Penyayang", majlis meraikan warga SMKKN yang telah dilahirkan pada bulan Mac dan April telah diadakan pada 22 April 2012. Sumbangan kek, biskut dan kad sempena sambutan hari lahir telah diberikan kepada 21 orang guru dan 238 orang pelajar. TAHNIAH!!! Semoga anda sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia untuk terus berbakti kepada negara... Insyaallah...
TERKINI@ SMKKN
APLIKASI ONLINE
ARKIB SMKKN
Konvensyen KIK Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Kedah: KIK Harapan...
SMKKN dengan kerjasama PPD Padang Terap telah muncul sebagai KIK Harapan pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Tahun 2011 yang telah diadakan pada 21 dan 22 Jun 2011 di Dewan Al-Farabi, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah. Selain. Selain daripada itu, kumpulan yang dianggotai oleh 10 orang ahli ini juga turut menggondol anugerah Fasilitator Terbaik. Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai SMART 10 telah menjalankan projek "Smart Electric Consumer" yang berfokuskan kepada isu penjimatan elektrik.
Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan : Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia
Konvensyen ini telah diadakan pada 21 hingga 24 November 2012 di Hotel Bluewave, Shah Alam. Walaupun dalam pertandingan kali ini kumpulan Smart 10 yang merupakan gabungan daripada 6 orang pegawai PPD Padang Terap dan 4 orang guru SMK Kuala Nerang tidak berjaya membawa pulang sebarang hadiah, namun kumpulan Smart 10 telah mendapat pujian yang membanggakan kerana mampu menggegarkan dewan konvensyen dengan persembahan yang meremangkan bulu roma juri penilai. Tahniah kepada kumpulan Smart 10 kerana mampu menjulang nama SMK Kuala Nerang sehingga ke peringkat kebangsaan.