FEBRUARI
02.02.2012
- 'Morning Call' dibatalkan.
- Majlis bacaan Yassin diadakan di dewan dengan gabungan pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 di bawah pimpinan Ustaz Adnan. |
07.02.2012
Pengetua
1. Sabtu (Ganti) – Ikut jadual hari Rabu. - Program kaunseling untuk ting 3 & 5 di dewan (kelolaan Pn. Sahani). - Guru-guru tingkatan 3 & 5 perlu berada di dewan. - Ketua Panitia perlu lengkapkan fail panitia dan tempatkan di bilik gerakan. - Pengajaran & pembelajaran untuk Ting 1, 2 dan 4 adalah seperti biasa. 2. Berdasarkan pekeliling, guru-guru boleh dipanggil bertugas di luar waktu persekolahan. 4. Semua guru diminta mengisi senarai buku / bahan tambahan & buku rujukan yang digunakan di dalam P&P. 5. Semua guru mata pelajaran diminta untuk kenalpasti pelajar yang tidak mendapat buku teks dan maklumkan kepada Guru SPBT. PK 1 1. e-operasi : 30 orang guru akan dipilih untuk mengisi maklumat ini. 2. Sistem Maklumat Murid (SMM) - lengkapkan register (SEGERA) 3. Subjek sejarah merupakan subjek wajib lulus bermula tahun 2013. 4. PBS bagi pelajar ting 1, perlu diserahkan kepada ketua panitia (rujuk takwim). Bilangan buku latihan yang perlu dihantar untuk semakan: Pengetua - 10 buah PK - 5 buah GK - 5 buah 5. Semua guru tingkatan 3 & 5 perlu serahkan 5 buah buku latihan untuk disemak oleh Ketua Panitia. PK Koku 1. Aktiviti kokurikulum pada 08.02.2012 akan diadakan pada jam 2.30 petang. Selepas itu, ceramah Maulidur Rasul akan diadakan jam 2.40 petang. 2. Latihan rumah sukan adalah meliputi pelajar dari Ting 1 – Ting 5. Terdapat sebanyak 350 orang ahli bagi setiap rumah sukan. Khamis adalah latihan bagi rumah Alfa dan Beta. Setiap rumah sukan perlu melantik Ketua Rumah Sukan bagi tingkatan 1 – 5. 3. Guru-guru yang menyimpan senarai nama ahli Kelab / Persatuan / Permainan Perlu serahkan kepada PK Koku. 4. Aktiviti Kokurikulum juga perlu dikemaskini di dalam data SMM. 5. Ahad (12/02.2012) - watikah pelantikan pengawas. - jemput Ketua Polis Daerah. - semua guru & murid perlu berada di dewan. 6. 3 orang pelajar akan mewakili sekolah pada Kejohanan Merentas Desa yang dijangka akan diadakan pada hari Sabtu. En. Noranuwi (PIBG) - guru tingkatan diminta kenalpasti pelajar yang berhutang PIBG 2011. |
09.02.2012
'Morning Call' dibatalkan.
- Majlis bacaan Yassin diadakan di dewan dengan gabungan pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 di bawah pimpinan Ustaz Ruzita. |
14.02.2012
Pengetua
1. Ucapan tahniah kepada 2 orang guru cemerlang Pn. Ruhill Fathein GC Sains) dan Pn. Khashiah (GC Geografi). 2. Pasukan Bola - mendapat penghargaan dari JPN - pastikan pelajar masuk kelas seperti biasa sekiranya aktiviti luar kelas tamat awal. 3. Brosur sekolah - terima kasih kepada Pn. Nur Faezah & AJK Brosur kerana berjaya siapkan maklumat sekolah yang lengkap sempena lawatan pegawai JPN 14/02/2012. 4. Program Jalinan Pintar - SMKKN bersama SMK Pokok Sena (10 orang pelajar Ting 3 & 5 ) - SMKKN bersama SM Sultanah Asma (10 orang pelajar Ting 3 & 5) - 8 orang guru terlibat 5. Terima kasih kepada pegawai-pegawai Kejohanan Renang pada Khamis & Jumaat. 6. Baju Batik Sekolah - semua dimestikan - bayaran kepada Pn. Norliza Abu Bakar Putra 7. Terima kasih kepada guru-guru yang telah memenuhi sumbangan untuk surau SMKKN yang telah mencapai kutipan sebanyak RM 6000. 8. Kelas tambahan semasa cuti sekolah akan diadakan pada hari Ahad, Isnin, Selasa. Kelas tambahan hari sekolah biasa dijangka bermula pada jam 2.40 – 4.00 petang. Sekiranya ada masalah kehadiran, kelas akan bersambung 2.10 – 3.10 untuk subjek selain BM & BI. Subjek BM & BI akan diadakan pada hari Sabtu kerana tidak sesuai dijalankan pada waktu petang. 9. Gempur ponteng - fokus utama pelajar tingkatan 3 - guru tingkatan diminta untuk hantar surat amaran kerana terlibat dengan pendaftaran PMR berakhir hujung Februari. 10. Buku Rekod P&P. - asingkan Rancangan Pengajaran Harian antara kelas pandai dan lemah. PK1 Pekeliling Tuntutan Perjalanan - pegawai yang ditugaskan di destinasi yang sama perlu kongsi kenderaan untuk buat tuntutan perjalanan. Pegawai boleh guna kenderaan sendiri sekiranya perlu hadir ke beberapa tempat atau bawa dokumen penting. |
16.02.2012
'Morning Call' dibatalkan.
- Majlis bacaan Yassin diadakan di dewan dengan gabungan pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 di bawah pimpinan Ustaz Adnan. |
21.02.2012
Pengetua
1. PMR - sasaran PMR 2012 adalah 60.4 - Straight A disasarkan 7 orang 2. Praujian Februari - mula 9.00 pagi - beri peluang pelajar ulangkaji 7.40 – 9.00 pagi (guru masuk ikut jadual biasa) 3. Ahad (26/02/2012) - lancar 1 murid 1 botol air. - gimik pelancaran : 2 orang pelajar terpilih untuk menerima botol air daripada pengetua. 4. Lancar Program Sekolah Penyayang - guru tingkatan senaraikan pelajar lahir Januari & Februari : serahkan kepada Pn. Sahani - guru yang lahir Januari & Februari juga disenaraikan 5. Semua guru diminta masuk kelas tepat pada waktunya. 6. Program releif – SMKKN akan cuba praktikkan program releif SMK Ayer Putih Dalam yang telah berjaya meningkatkan 20% kelulusan PMR (B. Inggeris). 7. Program Pelajar Lewat - semua guru cemerlang terlibat sediakan modul latihan mudah untuk pelajar lewat. Pelajar lewat akan ditahan sehingga jam 4.00 petang. 8. Merentas Desa - tunda ke tarikh baru disebabkan SMKKN terlibat dengan Majlis Sukan Balapan Padang pada 22, 23 dan 24 Februari 2012. PK1 1. Pekeliling Cuti Belajar - cuti belajar tanpa gaji dan tanpa biasiswa 2. Pekeliling Sambung Belajar ke Jepun dengan biasiswa. 3. Pengkalan Data - Kementerian Pelajaran sediakan takwim dan guru diminta muat turun untuk maklumat SAPS. Guru tingkatan akan diberi taklimat jam 10.20 pagi pada 21/02/2012. Maklumat penting pelajar yang diperlukan adalah nama, kad pengenalan, no sijil lahir, kelas, jantina dan agama 4. Data NILAM - pemeriksaan bahan-bahan untuk Pusat Sumber perlu diserahkan pada Pn. Ruhill untuk rekod sebelum edar kepada guru. - perlu buat in-house training. 5. Peralatan ICT - ada peruntukan baik pulih 6. Guru PPSMI - guru T1 lupus hak peralatan ICT (laptop) - guru T2, T3, T4, T5 masih terlibat dengan peralatan PPSMI 7. Pemantauan PPD - guru sesi petang terlibat (subjek Pendidikan Islam: PN Norameza dan Ust Ismail Nazraai akan diselia oleh pegawai PPD) Kokurikulum 1. Program Ekspedisi Gunung Jerai (Khamis, Jumaat & Sabtu – 23, 24, 25/02/2012) - Unit Beruniform (terbuka T1 – T5) - 8 orang guru terlibat 2. Perkhemahan Kadet Polis pada 23, 24, 25/02/2012 - di Kolam Cikgu Zainol 3. Terima kasih kepada pegawai yang terlibat dengan kejohanan Bola Tampar / Badminton. - Bola Tampar : tempat ketiga - Badminton : suku akhir 4. Selasa 21/02/2012 : Perjumpaan Kelab / Persatuan Bendahari Majlis Staf Majlis Untaian Kasih : semua staf SMKKN dimestikan hadir. - Tarikh : 24/02/2012 - Masa : 4.00 petang - Tempat : Darulaman Golf Resort |
23.02.2012
Majlis Bacaan Yassin di bawah kelolaan Ustaz Ruzita.
|
28.02.2012
Pengetua
- Morning call : · banyak faedah · tidak jejas p&p dan perlu berakhir tepat 7.40 pagi. - Program Kecemerlangan PMR & SPM PMR : · CEMERLANG - Sasaran 7 orang · HALUS – 52 orang (berdasarkan harapan lulus) SPM : · Belum ada bilangan · CEMERLANG & HALUS akan ikut program PPD - Pengetua pinta semua guru peka dengan kesihatan dan keadaan pelajar. Elak timbul masalah dalam kelas. - Perhimpunan rasmi · belum mantap & perlu ikut tatacara perhimpunan yang telah ditetapkan · rujuk tatacara perhimpunan · perlu ada santapan rohani (5 minit) yang disiapkan 4 hari sebelum perhimpunan · perlu ada tema mingguan · apabila lagu kebangsaan dinyanyikan, bendera perlu dinaikkan · libatkan pelajar unit beruniform · bacaan ikrar oleh pengawas · penyampaian hadiah · pengumuman oleh guru bertugas · ucapan pengetua · nyanyian lagu sekolah · bersurai. Elak jumpa pelajar lepas perhimpunan sebaliknya guna waktu rehat. · Pengacara – pengawas (secara bergilir) · Bacaan doa – sekurang-kurangnya tiga orang dan perlu saling bertukar - Hari Anugerah Cemerlang · Rabu (25 April 2012) · Sekolah yang membuat jemputan kerabat diraja untuk HAC, perlu maklumkan kepada pihak JPN · Persembahan – latih awal · Jamuan VIP – bilik VIP - Ujian buka buku · Susun pelajar secara berseorangan · Elak tiru rakan · Tepati masa · Markah perlu siap khamis minggu hadapan · Markah akan digunakan sebagai perbandingan dengan peperiksaan penggal pertama dan peperiksaan pertengahan tahun 30.03.2012. - Ujian Penggal · Ikut format peperiksaan rasmi · Soalan dibungkus dan ada borang kawalan - Pengkalan data pelajar sepatutnya selesai pada 28.02.2012 - Jadual Kelas Tambahan Tingkatan 3 akan dijalankan selepas cuti - Jadual pelajar ditahan akan dijalankan selepas cuti dengan menggunakan modul Guru Cemerlang - Modul Bahasa Inggeris akan dilaksanakan - Parking : jangan parking di laluan utama kerana ianya khas untuk VIP yang melawat sekolah - Pendapat : · Lagu sekolah : · penambahbaikan lagu seperti dinyanyikan dalam bentuk koir, ubah lagu / rentak muzik · tangguh nyanyian kerana ia melambangkan imej sekolah · 1 murid 1 botol air : · Tegur pelajar supaya bawa air · Sediakan baucer dan arah pelajar tuntut di koperasi · Uniform sekolah : · Buka ruangan perbincangan kepada semua guru untuk sebarang komen · Ada guru anggap mahal · Buat undian : 23 orang guru mohon baju batik yang lebih murah · Semua guru bersetuju tukar kepada baju batik yang lebih murah · P&P : · Kedatangan guru adalah sebelum 7.40 pagi. Tindakan akan diambil kepada guru yang hadir selepas 7.40 pagi. · Setiap hari Selasa semua guru perlu datang awal untuk morning call dan Ahad untuk perhimpunan · Rehat dipendekkan menjadi 20 minit sahaja · Waktu akhir P&P adalah jam 2.00 petang · Kelas sesi petang bermula pada jam 2.00 petang |