JANUARI10.01.2012
- lawatan Timbalan PPD pada 09.01.2012 - kelas terkawal dengan baik kecuali selepas rehat - SMKKN menjadi tumpuan kerana peratus kelulusan PMR terendah dalam daerah. Sasaran peratus kelulusan PMR tahun 2012 adalah 70% - setiap guru diminta menyumbangkan 2 naskah yassin - setiap guru diminta menyumbangkan RM100 untuk naik taraf surau (tukar karpet kepada jubin) - pertandingan badminton (Bawah 15) peringkat sekolah akan diadakan pada 14.01,2012 (Sabtu) - Setiausaha Peperiksaan Dalaman baru adalah Pn Nur Faezah (menggantikan En. Supardi yang akan bertugas di PPD Padang Terap bermula 16.01.2012) - Mesyuarat Unit Beruniform (pelajar) akan diadakan pada hari ini jam 1.30 p.m. - Pertandingan Merentas Desa peringkat Daerah akan diadakan pada 19.01.2012 - Guru-guru kelas bagi tingkatan 2,3 dan 5 boleh lengkapkan butiran pada jadual kedatangan. Sementara guru-guru kelas bagi tingkatan 1 dan 4, gunakan jadual kedatangan sementara - Guru Kelas KBP perlu kenalpasti pelajar yang mempunyai kad OKU yang ditempatkan di kelas arus perdana. Kehadiran pelajar ini perlu direkodkan di dalam jadual kedatangan kelas KBP dan bukan di kelas arus perdana |
12.01.2012
- 'morning call' dibatalkan. - majlis bacaan Yassin diadakan mengikut tingkatan. |
|
17.01.2012
- Kontrak latihan perlu dilekatkan dalam buku rekod pengajaran guru masing-masing. - Rancangan Tahunan perlu dikepilkan bersama di dalam buku rekod pengajaran guru. - Program pelancaran Mentor-Mentee peringkat sekolah akan diadakan di Dewan Perdana pada 30/01/2012. - Setiausaha peperiksaan peringkat sekolah perlu menyemak jadual waktu PMR 2012 yang telah siap untuk mengelakkan pertindihan mata pelajaran. - Bacaan Yassin sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kedah & pertabalan baginda sebagai DYMM YDP Agong akan diadakan pada 19/01/2012. - Perjumpaan pelajar untuk sukan dan permainan akan diadakan pada 19/01/2012. - Semua guru perlu menghantar KPI pada pertengahan bulan Februari. |
19.01.2012
- 'morning call' dibatalkan. - Majlis bacaan Yassin sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kedah & pertabalan baginda sebagai DYMM YDP Agong telah diadakan. |
|
31.01.2012
Pengetua 1. Makluman lawatan Tuan PPD ke SMK Kuala Nerang pada 30.1.2012. 2. Disiplin pelajar perlu diperkasakan lagi. 3. Guru yang mengajar selepas waktu rehat perlu memastikan pelajar menepati waktu untuk masuk ke kelas. 4. Selepas rehat guru perlu kawal kelas dengan baik. Sebelum kelas bermula banci pelajar ponteng dan catat dalam buku ponteng- Buku Ponteng akan disediakan Februari 2012 5. Guru perlu pastikan hanya seorang pelajar dibenarkan keluar dalam satu masa. Cadangan menggunakan baju khas ketika keluar ke tandas 6. Makluman hasil mesyuarat Aset Alih pada 30.1.2012:- - Semua Guru Tingkatan diminta memastikan hanya kerusi plastik biru sahaja digunakan oleh pelajar dalam kelas. - Kerusi plastik putih untuk kegunaan guru - Alihkan kerusi plastik merah ke kafeteria sekolah - Alihkan kerusi plastik kuning ke Pusat Sumber Sekolah 7. Program Mentor Mentee. Perjumpaan kedua Februari 2012 selepas ujian Februari. Semua guru terlibat diminta selalu berjumpa mentee bukannya hanya bergantung pada jadual perjumpaan yang telah ditetapkan agar pelajar dapat memberi tumpuan pembelajaran 8. Headcount. Semua guru perlu siapkan Headcount, tampal dalam kelas untuk rujukan pelajar mendapatkan markah TOV bagi setiap mata pelajaran. 9. Mesyuarat Induk Asrama akan melibatkan PK Pentadbiran, Guru Kanan dan Kaunselor 10. Mengumumkan perlantikan Puan Kamariah sebagai Guru NILAM. Surat perlantikan akan diedarkan. 11. Guru Tusyen Khas /Ada Syarikat Tusyen perlu memohon mendapat kelulusan JPN 12. Fail Kurikulum perlu dikemaskini. Perlu ada minit mesyuarat pertama dan perancangan aktiviti. 13. Bacaan Yaasin pada setiap Khamis bagi pelajar Tingkatan 3,4 dan 5 digabungkan di Dewan Perdana. Pelajar diminta membawa bersama beg (bukannya diletakkan diluar dewan) untuk memudahkan pelajar keluar ketika bersurai. Penolong Kanan Pentadbiran 1. Makluman hasil Mesyuarat Aset Alih pada 30.1.2012. Guru Tingkatan dan Penyelaras Bilik Khas perlu menyediakan dan tampal KEWPA-7 untuk rujukan pegawai semasa lawatan sekolah. 2. Program Ponteng Pelajar boleh diakses secara online. 3. Makluman tentang Olympic Mathematics Peringkat Antarabangsa. 4. E-Knowledge boleh diakses untuk laksanakan ujian secara online – Program Pembestarian Pembelajaran. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 1. Guru Tingkatan diminta lengkapkan dan tutup Register untuk Januari 2012. 2. Hantar surat amaran untuk pelajar ponteng berturut-turut, Jumaat dan Sabtu juga dikira. 3. Hantar surat amaran untuk pelajar ponteng berselang-seli. 4. Surat amaran pertama/kedua boleh dapatkan tandatangan PK HEM, amaran seterusnya tanda tangan Pengetua. 5. Buku Ponteng akan disediakan Februari 2012. 6. Guru mata pelajaran diminta membuatkan catatan pelajar ponteng kelas. Boleh serah pelajar ponteng kepada PKHEM atau hubungi pejabat untuk tindakan dan rondaan. 7. Pengurusan Bilik Darjah perlu diperkemaskan seperti jadual waktu, jadual bertugas, maklumat mata pelajaran. 8. Kebersihan Bilik Darjah perlu diberi perhatian. Minta pelajar buang sampah dan bersihkan kelas. Penolong Kanan Kokurikulum 1. Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah – Khamis 2/2/2012 di SMK Padang Terap. 2. 3/2/2012 dan 4/2/2012 – Kejohanan Badminton- SMK Kuala Nerang sebagai pengelola. Lantik beberapa guru SMK Kuala Nerang sebagai pegawai pengelola. 3. 3/2/2012 dan 4/2/2012 Kejohanan Ping Pong di SMK Pedu. En. Mohd Firdaus sebagai pegawai pengiring pelajar SMK Kuala Nerang. 4. Guru Penasihat Kelab/Persatuan, Sukan dan Permainan dan Unit Beruniform perlu kemaskini maklumat fail seperti carta organisasi, senarai pelajar dan perancangan aktiviti dalam bulan Februari 2012. 5. Fail yang telah dikemaskini perlu disimpan di bilik kokurikulum. Guru Penasihat juga perlu kemaskini aktiviti mingguan yang telah dilaksanakan. 6. Mesyuarat AJK Sukan akan diadakan Rabu, Jam 2.30 pm (surat jemputan mesyuarat akan diedarkan). |